Wednesday, 08 September 2010
 
Main Menu
Home
About Us
Our Constitution
News & Articles
Job Opportunities
Resource Centre
JPSPN
PPSPPA
Links
Contact Us
Downloads
file icon Waste & Climate Conference, Copenhagen (7-18 December 2009)
file icon The Dangers of Plastic Bags
file icon Seminar: Best Practices in Landfill Operations
file icon Seminar: Tatakerja Terbaik Dalam Operasi Pelupusan Sampah
file icon China Solid Waste Management Summit 2009
Most downloaded
file icon Solid Waste And Public Cleansing Management Bill 2007 (4311)
file icon Job Advertisement by SWMSB (3585)
file icon Solid Waste And Public Cleansing Management Corporation Bill 2007 (2865)
file icon Membership Application Form (2592)
 
Syor gubal segera akta sisa pepejal Print E-mail
Friday, 10 March 2006

©Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mempunyai sistem pengurusan sampah teratur dan cekap berikutan ketiadaan akta berkaitan perkara itu sehingga menyebabkan masalah pembuangan sampah di negara ini berada pada tahap serius dan memberi kesan alam sekitar.

Justeru, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan perlu segera digubal bagi memastikan perancangan teratur pada peringkat kebangsaan dapat dilaksanakan termasuk pembinaan kemudahan infrastruktur dan kewangan yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Ir Dr Zaini Ujang, berkata ketika ini sistem pengurusan sampah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada PBT yang tidak berkemampuan dari segi kepakaran serta kewangan bagi membina kemudahan operasi pelupusan sampah yang baik.

“Kemudahan pelupusan sampah yang baik seperti insinerator atau pelupusan sanitari secara timbusan, memerlukan peruntukan yang terlalu tinggi dan kebanyakan PBT tidak mempunyai wang sehingga beratus juta.

“Jalan terbaik bagi mereka adalah mewujudkan tapak pelupusan sampah konvensional dan jika dilihat dengan teliti tapak ini seolah hanya menjadi tempat ‘pembuangan’ berikutan pengurusannya yang tidak teratur sehingga menjejaskan alam sekitar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Masalah pencemaran alam sekitar berikutan kegiatan pembuangan sampah mendapat perhatian serius kerajaan apabila dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung kelmarin, sebuah jawatankuasa Kabinet dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak ditubuhkan bagi menangani isu itu termasuk aspek perundangannya.

Pengumuman oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid itu dibuat ketika negara digemparkan dengan pencemaran ammonia yang tinggi di Sungai Selangor akhir bulan lalu, sehingga menjejaskan kualiti bekalan air kepada pengguna di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Noorezlin Ahmad Basri, berkata kerajaan tidak harus dipersalahkan sepenuhnya berikutan masalah pembuangan sampah yang kritikal di negara ini sehingga menjejaskan kualiti alam sekitar.

“Semua pihak wajar memainkan peranan penting bagi memastikan masalah pelupusan sampah diatasi,” katanya yang tidak menafikan terdapat kelemahan ketara dalam sistem pengurusan sampah.

Comments (4)add feed
incinerator
written by mohd zaki bin othman on Thursday, June 10 2010 08:55 PM

hii..nurul..u dah jumpa site..?boleh i tau apa kriteria u guna kenal pasti siteyg sesuai?apa jenis teknologi u nak propose?jpspn tgh construct 5 incinerator in tourist island & highlands(small capacity)..in future..hopefully public accept this new approach then Malaysia can have medium and high capacity of incinerator..seterusnya numbers of landfill can be reduce and public can have good quality of life..tq

waste management in langkawi
written by Ummi Farisya on Friday, March 26 2010 12:46 AM

Salam,

I would like to know where could I get the information about waste generation in langkawi island.

Is it true that the waste management in Langkawi will be shifted to E-idaman in 2010?.

Island incinerator
written by Noor Amir on Friday, January 29 2010 09:43 AM

Salam,

Nurul Ashikin..

If you are looking for operating incinerator I think it will be difficult.
You can try look for island incinerator like Langkawi and Pangkor.

However, even Langkawi incinerator has stop functioning and only used for burning Government documents.

Now the incinerator is becoming landfill when they gather the waste in surrounding area thus polluting the nearby water sources.

Incinerator
written by Nurul Ashikin on Tuesday, December 22 2009 02:40 PM

Hai... I need to make a final study about incinerator.. and still dun find any site of incinerator.. and I've been searching ages.. and just got the close one at broga.. please help me if u know any place that have incinerator.. Thanks..

password
 

 
< Prev   Next >

   
© 2010 WMAM.org. All rights reserved.